Refleksi 10 wasiat seorang mujadid Part 2

Kembali saya bercoret berkenaan dengan refleksi ini. Setahun lamanya saya mengambil masa untuk menyambungnya bukan. Mode Hibernation sebelum ni insyaAllah. ^^. sendiri merefleksi sebelum kembali menulis.

MasyaAllah nasihat kedua ini memang mengegar jiwa sebenarnya:

Nasihat kedua, perbanyakkanlah bacaan al quran , selalu membuka kitab² untuk menambah ilmu, pergi ke majlis² ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Tatkala membaca nasihat kedua ni, apa yang bermain dibenak fikiran saya adalah : ma'iyatullah(perasaan yang mana kita merasakan Allah bersama² kita).

Kerana apa? Kerana Al Quran adalah sumber utama kita mengenali Allah SWT, mendapat rahmat, kesembuhan, kekuatan, malah kenikmatan, keyakinan dan pelbagai lagi. Jika hapus Al Quran daripada kita, maka hapuslah semua itu. manusia akan sentiasa mencari jalan  untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya melalui cara lain (tak menidakkan effeort yang perlu diletakkan) , maka , kadang² susahlah sebab ia takkan menjumpainya selagi mana al quran itu tidak didahulukan.

Kemudian, ke majlis² ilmi, dzikrullah, membaca kitab, itu semua bahan tambahan untuk sebenarnya kembali mendapatkan gist² Al Quran itu sendiri. Untuk memperdalamkan kefahaman berkenaan Al Quran itu sendiri dan subhanAllah ianya akan bantu kita mempraktikkannya. Pada saya, majlis² ilmu yang secara perlahan² dan bertahapan membina tarbiyah diri kita, kalau nak bagi contoh adalah seperti usrah (which is yang paling saya suka dan recommendkan sebab ia satu medium yang continous, bukan sekadar satu session sahaja), halaqah ilmu, majlis taalim. Medium² macam ini bukan sahaja perlu dijadikan aktiviti² mingguan yang kita sekadar datangi sekadar melengkapkan hari minggu kita, malah kalau ade masa kita nak jadikan ianya seakan² kewajiban dalam kehidupan kita seperti satu perkara keperluan macam makan dan minum kita sehari hari.

sebab al quran sebenarnya adalah medium yang paling afdal untuk kita groomkan iman dan taqwa sebenarnya. So nampak sangatlah disitu kepentingan dan keutamaan Al Quran ni.

Kata ulama terkemuka, Abdullah Naseh Ulwan, yang mana al quran ni sangat utama sehinggakan kita taknak hari² berlalu tanpa at least membacanya walaupun satu ayat. SubhanAllah.

Cumanya dalam dunia yang penuh mehnah dan terlampau banyak distractions, kadang² diri kita , saya terutamanya seakan hilang dan tenggelam dalam mehnah² itu dan dibayngi olehnya. Hilang dalam menyaluti perkara² yang mendekatkan kita dengan al quran , samada secara theorie(  melalui majlis ilmu, usrah, kelas² m youtube video) atau praktikalnya (baca, tadabbur,amalkan) dengan agenda² san perkara² kehidupan yang bermacam. Bukannya tidak boleh, cuma al quran itu kena diletakkan antara prioriti yangteratas bukan sekadar masa² yang terbaki dalam kehidupan. Kalu penuh jadualnya dan tiada masa terbaki, macam mana pula ye? Sedangkan the ultimate guidance itu datang daripada kita suci itu. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Jadinya, dalam kehidupan seharian kita, letakkanlah Al Quan itu antara perkara teratas dalam to do list kita, malah kalau boleh yang PERTAMA.

Kalau saudara nouman ali khan pernah katakan, bangun aje daripada tidur, perkara pertama yang mahu kita capai adalah al quran. Jika tak mampu baca banyak, baca sikit, jika tak mampu baca langsung, baca maknanya. Jika tidak mampu baca, maka dengarkanlah. 

Kemanisan al quran ni macam gula. Anda tidak akan tahu nikmatnya makanan manis (jangan sampai diabetis!^^), jika tidak pernah merasa gula itu manis, kan? So samalah macam al quran, takkan pernah tahu manisnya nikmat membaca, kalau kita tak baca/jarang baca/baca sebab terpaksa/baca bila timpa musibah je.

InsyaAllah perkara² lain(ilmu, zikir, tidak buat perkara tak berfaedah) akan come along the way jika dengan al quran ini kita perkemaskan langkah pertama dengan al quran ini. 
MasyaAllah. Biidznillah, moga Allah mudahkan urusan kita semua sbb Allah adalah the Ultimate Guider.

Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kejalan yang amat betul (agama Islam). Al-Qur’an ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
(Surah Al-Jathiah: Ayat 20)


Kommentare

Kommentar veröffentlichen